Mengenal Lebih Dekat Mengenai Biodata Rasullah SAW
BIODATA
RASULULLAH S.A.W
Nama :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalibs bin Hasyim
Tarikh
Lahir : Subuh hari Isnin,
12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenal sebagai tahun Gajah,
karena peristiwa tentara bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’bah)
Tempat lahir :
di rumah Abu Thalib, Makkah Al-Mukarrah
Nama Bapak :
Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim
Nama Ibu : Aminah binti Wahab bin
Abdu Manaf
Pengasuh
pertama : Barakah Al-Habsyiyyah
(digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapak Rosulullah S.A.W
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan abu lahab)
Ibu
susu kedua : Halimah binti Abu
Zuaib A-Sa’diah (lebih dikenal Halimah As-Sa’diah, suaminya bernama Abu
Kabsyah)
Usia
5 tahun
Peristiwa pembelahan dada
Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian
syaitan yang wujud di dalam hatinya.
Usia
6 tahun
Ibunya Aminah binti Wahab
ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di
antara Mekkah dan Madinah, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan
bapak Rosulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muthalib.
Usia
8 tahun
Datuknya, Abdul Muthalib
pula meninggal dunia. Baginda dipelihara oleh bapak saudaranya, Abu Thalib.
Usia
9 tahun (setengah riwayat mengatakan pada usai 12 tahun)
v Bersama
bapak saudaranya, Abu Thalib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
v Dikota
Busra, Negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah
bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang
nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
Usia
20 tahun
v Terlibat
dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab Sirah jilid 1, halaman 184 –
187 menyatakan pada ketik itu usia Muhammad SAW 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai
peperangan itu beberapa hari dan berperan mengumpulkan anak panah saja.
v Menyaksikan
perjanjian Al-Fudhul, perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang
yang didzalimi di Mekkah.
Usia
25 tahun
v Bermusafir
kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid
Al-Asadiyah.
v Perjalanan
ke Syam ditemani oleh Maisarah, lelaki suruhan Khadijah
v Baginda
SAW bersama-sama Abu Tahlib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi
berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang
berusia 40 tahun ketika itu.
v Mas
kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
Usia
35 tahun
v Banjir besar
melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Ka'bah.
v Pembinaan
semula Ka'bah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
v Rasulullah
SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan
sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
Usia 40
tahun
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai
pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
Usia 53
tahun
v Berhijrah ke
Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.
v Sampai ke
Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.
Usia 63
tahun
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada
hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah / 8 Juni 632 Masehi.
*Isteri-Isteri
Rasulullah SAW*
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam'ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak
Sayyidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti 'Umar (anak
Sayyidina 'Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar
Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin
Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah
(digelar 'Ummu Al-Masakin', Ibu Orang Miskin).
*Anak-Anak
Rasulullah SAW*
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'
*Anak Tiri
Rasulullah SAW*
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi (anak
kepada Sayyidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan
Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
*Saudara
Sesusu Rasulullah SAW*
Ibu Susuan/Saudara Susuan
1. Thuwaibah → Hamzah
2. Abu Salamah → Abdullah bin Abdul Asad
Saudara Susuan
1. Halimah Al-Saidiyyah → Abu Sufyan bin Harith bin
Abdul Muthallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
Bapak dan Ibu Saudara Rasulullah SAW
( Anak-Anak Kepada Abdul Muththalib)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
*Sabda Rasulullah SAW:*
_"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka
sesungguhnya dia telah mencintai aku_
_Dan sesiapa yang mencintai aku niscaya dia
bersama-samaku di dalam syurga"_
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agung
Kenali
Nabi Muhammad S.A.W. Secara Lahiriah
Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada
pertama kalinya bertemu muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan
mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_
Ø Aku belum pernah melihat lelaki yang
segagah Rasulullah saw..
Ø Aku melihat cahaya dari
lidahnya.
Ø Seandainya kamu melihat
Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
Ø Rasulullah jauh lebih cantik
dari sinaran bulan.
Ø Rasulullah umpama matahari
yang bersinar.
Ø Aku belum pernah melihat
lelaki setampan Rasulullah.
Ø Apabila Rasulullah berasa
gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
Ø Kali pertama memandangnya
sudah pasti akan terpesona.
Ø Wajahnya tidak bulat tetapi
lebih cenderung kepada bulat.
Ø Wajahnya seperti bulan
purnama.
Ø Dahi baginda luas, raut kening
tebal, terpisah di tengahnya.
Ø Urat darah kelihatan di antara
dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
Ø Mata baginda hitam dengan bulu
mata yang panjang.
Ø Garis-garis merah di bahagian
putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
Ø Hidungnya agak mancung,
bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
Ø Mulut baginda sederhana luas
dan cantik.
Ø Giginya kecil dan bercahaya,
indah tersusun, renggang di bahagian depan.
Ø Apabila berkata-kata, cahaya
kelihatan memancar dari giginya.
Ø Janggutnya penuh dan tebal menawan.
Ø Lehernya kecil dan panjang,
terbentuk dengan cantik seperti arca.
Ø Warna lehernya putih seperti
perak, sangat indah.
Ø Kepalanya besar tapi terlalu
elok bentuknya.
Ø Rambutnya sedikit ikal.
Ø Rambutnya tebal kdg-kdg
menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
Ø Rambutnya terbelah di tengah.
Ø Di tubuhnya tidak banyak
rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
Ø Dadanya bidang dan selaras dgn
perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
Ø Seimbang antara kedua bahunya.
Ø Pergelangan tangannya lebar,
lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
Ø Tapak tangannya bagaikan
sutera yang lembut.
Ø Perut betisnya tidak lembut
tetapi cantik.
Ø Kakinya berisi, tapak kakinya
terlalu licin sehingga tidak melekat air.
Ø Terlalu sedikit daging di
bahagian tumit kakinya.
Ø Warna kulitnya tidak putih spt
kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
Ø Warna putihnya lebih banyak.
Ø Warna kulit baginda putih
kemerah-merahan.
Ø Warna kulitnya putih tapi
sehat.
Ø Kulitnya putih lagi bercahaya.
Ø Binaan badannya sempurna,
tulang-temulangnya besar dan kokoh.
Ø Badannya tidak gemuk.
Ø Badannya tidak tinggi dan
tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi gagah.
Ø Perutnya tidak buncit.
Ø Badannya cenderung kepada
tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd
mereka.
Kesimpulannya
:
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan
sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
*wallahu'alam*
Semoga bermanfaat
Comments
Post a Comment